Matahari

Sebagai Renungan:
Diriwayatkan bahawa Rasululallah pernah menceritakan betapa asalnya kejadian api di dunia ini. Setelah nabi adam dihantar ke dunia kerana kesalahanya memakan buah larangan maka Allah swt telah memerintahkan Jibril as supaya mengambil api dari neraka untuk dihantar ke dunia untuk kegunaan nabi adam as. Maka jibril as pun diperintahkan untuk meminta api tersebut daripada malaikat penjaga api neraka iaitu Zabaniah.

Jibril: wahai zabaniah, aku diperintah untuk mengambil sedikit api neraka untuk dihantar ke dunia bagi kegunaan adam as.

Zabaniah: sebanyak mana sedikit itu ?

Jibril: sebesar kurma...

Zabaniah: kalau sebesar buah kurma api neraka itu engkau bawa nescaya akan cairlah tujuh lapis langit dan tujuh lapis bumi akibat kepanasanya.

Jibril: kalau begitu berilah aku sebesar separuh dari buah kurma...

Zabaniah: kalau sebesar separuh buah kurma api neraka ini engkau letakan di dunia nescaya tidak akan turun walaupun setitik hujan dari langit dan tidak ada suatu pun tumbuhan akan tumbuh di bumi nanti..

Memandangkan keadaan yang rumit ini maka jibril as pun menghadap Allah untuk mendapatkan saiz yang perlu dihantar ke dunia. Allah swt pun memerintahkan supaya jibril mengambil sebesar ZARAH sahaja dari api neraka untuk dibawa ke dunia. Maka jibril as pun mengambil api neraka sebesar zarah dari zabaniah tetapi oleh kerana kepanasan yang keterlaluan api neraka sebesar zarah itu terpaksa disejukan dengan mencelupnya sebanyak 70 kali ke dalam sungai di syurga dan sabanyak 70 buah sungai. = 70 x 70

Selepas itu jibril as pun membawa api itu turun ke dunia dan diletakan di atas sebuah bukit yg tinggi, tetapi sejurus setelah diletakan tiba-tiba bukit itu terus meleleh cair maka cepat-cepat jibril mengambil semula api tersebut dan dihantar semula ke neraka.

Hanya sisa-sisanya sajalah yang terdapat di dunia ini seperti api yang sering kita gunakan untuk berbegai keperluan dan juga api yang terdapat di gunung berapi dan lain lain lagi.

PENGAJARAN: Bayangkanlah kepanasan api neraka yg sebesar zarah yang terpaksa disejukan dalam 70 buah sungai dengan sebanyak 70 celup setiap sungai dan hanya sisanya saja itupun manusia tidak dapat bertahan akan kepanasanya bagaimana dengan api di neraka itu sendiri. SEBESAR ZARAH SAHAJA.
Rasulullah s.a.w. bersabda,
maksudnya:
"Sesungguhnya orang yang paling aku kasihi di sisiku ialah seorang mukmin yang keadaannya serba sederhana,
tetapi rajin mengerjakan solat (wajib dan sunat), dia baik dalam beribadah kepada Tuhan dan selalu taat kepadaNya
secara diam-diam"
(Riwayat Tarmizi)
Rasulullah s.a.w. bersabda
maksudnya:
"Sesungguhnya orang yang sangat aku kasihi dan terdekat padaku di hari kiamat ialah yang terbaik budi pekertinya.
Dan orang yang sangat aku benci dan terjauh daripadaku pada hari kiamat ialah orang yang banyak bercakap,
sombong dalam percakapannya dan berlagak menunjukkan kepandaiannya"
(Riwayat Tarmizi)
Rasulullah s.a.w. bersabda
maksudnya:
"Barangsiapa yang bertaubat kepada Allah selagi belum
terbit matahari dari arah barat, maka Allah menerima taubatnya"
(Riwayat Muslim)
Rasulullah s.a.w. bersabda
maksudnya:
"Ingatlah kepada Allah dalam masa senangmu,
nescaya Dia akan mengingatimu di masa susah"
(Al-Hadith)

Idea yang baik untuk menurunkan harga PETROL

kalau betul.....why not try?.....

Tolong baca sampai habis*. buah fikiran yg sangat baik*. mari kita renung
dan fikir fikirkan* kemudian kita lakukan.
Idea daripada orang-orang yang kerja kat PETRONAS - price control
Idea yang sangat menarik? Tapi adakah ianya berkesan?
Nampaknya menjelang tahun depan harga petrol akan menghampiri RM 2.00. Mahu supaya harga petrol turun? Kita perlukan satu
tindakan bijak dan bersepadu. Philip Hollsworth menawarkan idea bagus ini.
Ianya LEBIH BERKESAN berbanding kempen "jangan beli petrol pada hari tertentu" yang
dilakukan pada April atau Mei lalu. Syarikat minyak hanya akan mentertawakan sebab mereka tahu dengan tidak membeli petrol, kita akan menyusahkan diri sendiri. Ia lebih menyusahkan pengguna sendiri berbanding penjual.
Tapi, tak kiralah dari siapa idea ini yang mencadangkan pelan yang benar-benar berkesan.. Sila teruskan membaca dan ambillah bahagian dalam rancangan ini.
Mengikut kenyataan dari negara-negara pengeluar minyak anggota OPEC harga seliter petrol adalah
semurah 89 hingga 95 sen sahaja. Tetapi syarikat syarikat pembekal minyaklah yang mengaut
keuntungan besar dari situasi sekarang ini.
Kita sebagai pengguna perlukan tindakan agresif
untuk 'mengajar' mereka bahawa PEMBELI juga
ada kuasa untuk yang mengawal harga, bukan penjual sahaja.
Dengan harga petrol yang naik begitu tinggi
sekarang ini, kita pengguna perlu bertindak
segera. Satu cara yang disarankan untuk menurunkan harga petrol ialah dengan
memberikan tamparan 'market leader' industri berkenaan, iaitu dengan tidak
membeli petrol dari penjual tertentu. Ini dapat kita
lakukan tanpa menyusahkan diri kita sendiri.Ideanya begini :-
Untuk sepanjang tahun ini, JANGAN beli petrol dari TIGA SYARIKATMINYAK
TERBESAR DIDUNIA iaitu1) ESSO/MOBIL2) SHELL3) PROJET
Tiga syarikat gergasi inilah yang sebenarnya
mengawal harga runcit petrol dan mengaut
> keuntungan untuk diri mereka sendiri. Sistem ini
> sejajar dengan cara business kapitalis Yahudi
yang tidak langsung mempunyai perasaan bertimbang rasa sesama manusia.
Jika mereka tidak merasa penjualan petrol mereka
menurun secara tiba-tiba sedangkan pesaing
mereka akan terus maju, mereka akan mula
menurunkan harga. Dan jika mereka berbuat
demikian yang lain akan turut serta. Tetapi, untuk
kaedah ini memberi kesan, kita kena memberitahu berjuta pembeli ESSO, MOBIL, SHELL dan PROJET.
Ia sangat mudah dilakukan. Saya akan terangkan disini caranya:-
Saya menghantar mesej ini kepada ramai orang. Jika setiap kita menghantar kepada
sekurang2nya 10 orang atau lebih (30 x 10 = 300)?
Dan 300 orang ini hantar kepada sekurang2nya 10
orang atau lebih (300 x 10 = 3,000)? dan seterusnya.
Sebaik mesej ini sampai kepada generasi penerima yang ke 6, ia sebenarnya telah
disebarkan kepada lebih TIGA JUTA pengguna
petrol. Sekali lagi, apa yang perlu anda lakukan ialah :
1) Menghantar mesej ini kepada 10 orang atau lebih, itu saja.
2) Berhenti dengan serta merta membeli petrol dari ESSO, MOBIL, SHELL danPROJET.
Itu sahaja.....Berapa lama ia akan berlaku? Jika setiap kita
menghantar email kepada 10 orang dalam satu
hari, semua 3 JUTA orang akan dapat dihubungi dalam masa 8 hari sahaja.
Saya cabar anda, jangan sangka anda tiada kuasa, bertindak secara bersama. Ia pasti akan membuahkan hasil.
Jika anda terima saranan ini, sila sebarkan pesanana ini melalui email dan lain2 cara.
TOLONG KEKALKAN KOMITMEN ANDA SEHINGGA MEREKA TURUNKAN HARGA
DALAM LINGKUNGAN 80 SEN SELITER.Mudah saja, anda cuma perlu copy......
1. Dan emailkan ini kepada kawan-kawan dan kenalan,
2. Beli petrol dari PETRONAS , dan CALTEX sahaja ..... jauhi diri anda
dari stesyen petrol ESSO, MOBIL, SHELL dan PROJET. Apa salahnya mencuba....

Empat Perkara Kebahagiaan

"Empat perkara yang membawa kebahagiaan iaitu wanita yang solehah, rumah yang luas, jiran yang baik dan kenderaan yang selesa."
Huraian :
Kehidupan yang selesa adalah suatu bentuk kehidupan yang dialu-alukan oleh Islam di mana kehidupan yang sempurna memerlukan empat elemen asas yang penting iaitu:
a) Wanita yang solehah- iaitu isteri yang baik yang dapat menguruskan keluarga dan rumahtangga dengan sempurna.
b) Rumah yang luas yang boleh memberikan keselesaan untuk bermesra dengan keluarga dan anak-anak di samping dapat melapangkan fikiran dengan baik dan tenang.
c) Jiran yang baik kerana jiran merupakan orang yang paling rapat selepas sanak saudara dan keluarga. Jiran yang baik dapat menjamin keharmonian hidup bermasyarakat sehinggakan ikatan kejiranan itu boleh bertukar seakan-akan sebuah kelurga yang kasih-mengasihi dan saling mengambil berat di antara satu sama lain.
d) Kenderaan yang selesa kerana ia memberikan kemudahan dalam segala urusan.
Antara tabiat buruk yang mengancam kebahagiaan hidup ialah berfoya-foya dengan kehidupan mewah, boros harta dan membazir ketika berbelanja.
Tabiat ini sering disebut dalam al-Quran sebagai punca kehancuran beberapa umat yang terdahulu.